Rabu, 14 Januari, Mesyuarat Jawatankuasa MSSM Zon Paloh yang dipengerusikan oleh Hj Johari Hj Hasan, Guru SK Sri Kampung Tengah hari ini telah memilih SK Kampong Chamek sebagai tuan rumah dan penganjur bagi pertandingan bola sepak MSSM Zon Paloh.
Pihak sekolah dalam bangga menerimanya merasakan tugasan ini suatu cabaran besar kerana keadaan sekolah yang tidak mempunyai kemudahan padang bola sepak. Malahan di peringkat kawasan Chamek sendiri tidak mempunyai kemudahan ini. Oleh itu, pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menganjur pertandingan yang amat penting ini.
Bola sepak merupakan salah satu permainan utama yang menjadi perhatian semua pihak dan harapan besar supaya Zon Paloh akan menjadi Johan di peringkat daerah kelak.
Pihak sekolah juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian pengerusi MSSM Zon Paloh yang juga guru besar SK Sri Kampung Tengah untuk bersama-sama membantu dalam menyediakan tempat pertandingan dan penganjuran pertandingan ini. Ini adalah pengalaman pertama SK Kampong Chamek dalam menganjurkan pertandingan sukan bolasepak di peringkat Zon. Sebelum ini, SK Kampong Chamek adalah tuan rumah dan penganjur bagi pertandingan Sepak Takraw, yang mana tahun ini diserahkan kepada tanggungjawab SK Paloh 2.